Saturday, December 17, 2011

Menjelang Tahun 2012 - Bencana Besar..?

Salam,
Kini hanya tinggal beberapa hari shj lg sebelum masuk ke tahun baru 2012. Ada pelbagai cerita, kisah dan dongeng berkaitan tahun 2012 ni. Yang paling hangat, ramalan kaum Maya yg menyatakan akan berlaku bencana besar pada tahun 2012 ini.
 
  Terbaru, ramalan seorang genius Muslim yang menggunakan kod tertentu dan mengaitkannya dengan bencana besar yg akan berlaku pada Januari 2012 dan Disember 2012. 
 Pada hemat aku, (menurut penilaian dan pembacaan dari buku2 tertentu) kita HARAM PERCAYA KEPADA SEBARANG RAMALAN berkaitan masa depan. Ini disebabkan perkara-perkara GHAIB ADALAH URUSAN ALLAH SWT. Amat sedikit ilmu manusia berkaitan masa depan dan hari kiamat berbanding ilmu Allah.
   Dalam buku "ARMAGEDDON 2012", dinyatakan bahawa hari kiamat akan berlaku sekiranya TIADA LAGI MUSLIM YANG MENGAMALKAN ISLAM DI MUKA BUMI INI. Secara kiasannya, selagi ada Islam selagi itu kiamat belum berlaku.
Tetapi, kita sebagai Muslim yg beriman, wajib melakukan segala persediaan (amal makruf nahi mungkar) utk menghadapi kiamat kecil (Mati). 
   "Tingkatkan amal dan iman kita, agar sentiasa dilindungi Allah SWT".

No comments:

Post a Comment