Wednesday, December 28, 2011

MUHASABAH 2011 - Nikon D90 dan Arwah Izuddin...

Alhamdulilah,
Kini aku berada di hujung tahun 2011. Tahun ini adalah tahun yg sangat mencabar, dengan kepelbagaian suka dan duka bersilih ganti. Apa pun, aku bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi nafas segar utk menikmati hidup dalam tahun 2011 ini.
   Seingat aku, awal tahun 2011 aku telah berniat utk memiliki kamera digital. Minat yg baru dilahirkan ini adalah atas galakan sepupuku sendiri, Faizal Jalil (seorang fotografer). Dari sebulan ke sebulan aku membelek-belek majalah 'Digital Photography' utk memikirkan apakah kamera yg paling sesuai utk aku. Akhirnya pd awal bln 7, aku dpt membeli Nikon D90 terpakai berharga RM2000.00. Kira ok la tu....(Di sini, aku perlu maklumkan bahawa jika kita ada minat dan 'passion' yg berterusan tanpa jemu, lalu di gandingkan dengan usaha bersungguh-sungguh, apa jua yg kita inginkan insya-allah menjadi kenyataan!).


 Aku berterima kasih kepada Faizal kerana banyak memberi tips utk menghasilkan gambar yg baik


 Seorang lagi yg harus aku ucapkan terima kasih atas tips yg diberi adalah sepupuku yg terbaik, Allahyarham Izzuddin Fuzi. Beliaulah yg sanggup meluangkan masa mengajak aku pergi shoot gambar di Taman Botanik Putrajaya. Namun, Allah lebih menyayangi bila beliau meninggal sebulan yg lalu di rumahnya akibat masalah jantung. Ku hadiahkan Al-Fatihah utk beliau. (yg lebih memilukan, dia masih menyimpan flash kamera yg aku nk pinjam dr dia di dalam box motor dia. Dia bercadang utk berikannya pd ku sehari sebelum hari kematian nya..)


Kini, minat kpd fotografi semakin pudar atas kesibukan dalam hal2 yg lain. Entahlah..harap2nya ada sesuatu yg baik utk ku pd thn 2012 nnt.


Ps: Apa aku nk buat dgn Nikon D90 ni? ...hmm....

No comments:

Post a Comment