Kini aku berada di hujung tahun 2011. Tahun ini adalah tahun yg sangat mencabar, dengan kepelbagaian suka dan duka bersilih ganti. Apa pun, aku bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi nafas segar utk menikmati hidup dalam tahun 2011 ini.
Aku berterima kasih kepada Faizal kerana banyak memberi tips utk menghasilkan gambar yg baik
Seorang lagi yg harus aku ucapkan terima kasih atas tips yg diberi adalah sepupuku yg terbaik, Allahyarham Izzuddin Fuzi. Beliaulah yg sanggup meluangkan masa mengajak aku pergi shoot gambar di Taman Botanik Putrajaya. Namun, Allah lebih menyayangi bila beliau meninggal sebulan yg lalu di rumahnya akibat masalah jantung. Ku hadiahkan Al-Fatihah utk beliau. (yg lebih memilukan, dia masih menyimpan flash kamera yg aku nk pinjam dr dia di dalam box motor dia. Dia bercadang utk berikannya pd ku sehari sebelum hari kematian nya..)
Kini, minat kpd fotografi semakin pudar atas kesibukan dalam hal2 yg lain. Entahlah..harap2nya ada sesuatu yg baik utk ku pd thn 2012 nnt.
Ps: Apa aku nk buat dgn Nikon D90 ni? ...hmm....